Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wataala, kerana limpah kurniaNya serta berkat usaha pegawai dan kakitangan Pusat Pembangunan Belia (PPB) dapatlah laman web Pusat Pembangunan Belia ini direalisasikan.
Adapun objektif utama laman web dibina adalah untuk mempercepatkan sistem perhubungan serta jaringan antara pusat dengan masyarakat ramai. Dengan adanya laman web ini diharap ia akan lebih menyenangkan pihak pusat dalam memaparkan maklumat kepada masyarakat tentang kewujudan PPB serta perkembangan terkini mengenai kegiatan-kegiatan yang berlaku di PPB. Secara langsung atau tidak langsung ia dapat mambantu pihak pusat untuk mempromosikan produk pusat melalui pendedahan maklumat sebegini. PPB sentiasa berusaha untuk memperlengkapkan diri para pesertanya dengan ketinggian intelek, kepelbagaian kemahiran, berteknologi tinggi dan bermaklumat, berintensif, kreatif, inovatif serta mempunyai kekuatan intelektual. Selaras dengan hasrat Negara untuk melahirkan para belia yang barkemahiran dalam pelbagai bidang.
Mudah-mudahan dengan adanya laman web ini nanti, ia akan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat dalam mencari dan mengali maklumat mengenai pusat.
Sebelum mengakhiri kata-kata ini, ucapan syabas dan terima kasih kepada Jawatankuasa Kerja pembinaan laman web PPB di atas kerjasama dan komitmen dalam menyempurnakan laman web ini.
Sekian,
Wabillahi Taufik Walhidayah, Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. |