1
1
1
 
1

Pada tahun 1992, satu ’Pilot Project’ telah ditubuhkan di bawah Jabatan Belia dan Sukan, yang dipanggil ‘Skim Latihan dan Kemajuan Belia' bertempat di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan. Dari tahun 1992 sehingga 1995, sebanyak empat buah kursus telah ditawarkan secara berperingkat. Iaitu Kursus Masakan pada tahun 1992, Kursus Solekan pada tahun 1993, Kursus Jahitan pada tahun 1994, Kursus Solekan dan Kursus Jahitan pada tahun 1995 dan pada tahun 1996 tiga buah kursus telah ditawarkan iaitu Kursus Solekan, Kursus Jahitan dan Kursus Pemprosesan Makanan.

 

Pada 11hb Mei 1996, Skim ini telah diubah menjadi ‘Program Pembangunan Belia’ dan Hal Ehwal Pentadbirannya dipindahkan ke Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dan seterusnya pada 2hb Jun 1996,  telah berpindah ke bangunan baru yang telah siap dibina pada tahun yang sama, iaitu  terletak berdekatan Perumahan Tanah Jambu, Jalan Lebuhraya Muara - Tutong dan telah diberi nama sebagai ‘Pusat Pembangunan  Belia’ sehingga ke hari ini.

Sejak penubuhannya sehingga sekarang, kini Pusat Pembangunan Belia telah menawarkan sebanyak 10 buah kursus melalui Program Pembangunan Belia. Kursus-kursus yang ditawarkan pada masa ini ialah:

  1. Kursus Komputer dan Pengendalian Pejabat.
  2. Kursus Masakan dan Katering.
  3. Kursus Kek dan Pastri.
  4. Kursus Jahitan Asas dan Sulaman.
  5. Kursus Solekan dan Dandanan Rambut.
  6. Kursus Hairstylish bagi lelaki.
  7. Kursus Welding dan Fabrication.
  8. Kursus Plumbing dan Pipe Fitting.
  9. Kursus Vehicle Body Repair.
  10. Kursus Air Conditioning dan Refrigeration.
KKBS
more >>>
OBBD
more >>>


JAPEM
more >>>

PUSAT SEJARAH
more >>>

MUZIUM BRUNEI
more >>>


© Copyright 2008. Pusat Pembangunan Belia. All rights reserved. Privacy Policy | Terms and Condition.
Site Design and Developed By: