Ahli-Ahli Jawatankuasa Pengurusan adalah terdiri daripada pegawai-pegawai dan kakitangan yang secara langsung terlibat dalam pentadbiran dan pengurusan Pusat.
Memastikan semua urusan-urusan pentadbiran dan pengurusan dapat berjalan dengan cepat, cekap dan berkesan.
Mengubah dan mengkaji semula dasar PPB.
Mengenal pasti dan mengadakan keperluan-keperluan kursus dan Program Pembangunan Belia.
Menilai, memilih calon-calon untuk dihadapkan ke Lembaga Penasihat serta menilai pendaftaran dan kemajuan para peserta.
Menentukan disiplin peserta dan peraturan pusat berjalan dengan baik.
Merancang program-program untuk pembangunan kakitangan pusat.
Merancang anggaran peruntukan tahunan kewangan.
Menerima dan menilai rancangan-rancangan daripada KKBS dan mana-mana komiti yang dilantik dari masa ke semasa.
Menilai peraturan-peraturan dan mengambil tindakan ke atas peserta yang melakukan kesalahan.
Membantu menilai pengambilan tenaga pengajar/kakitangan PPB.
Jawatankuasa ini akan bersidang sekurang-kurangnya sekali sebulan dengan kehadiran ahli tidak kurang dari separuh daripada bilangan Ahli.