Pengambilan baru untuk mengikuti kursus di Pusat Pembangunan Belia akan diumumkan melalui radio dan Pelita Brunei atau dengan menghubungi pihak pusat bagi mendapatkan maklumat.
Borang permohonan boleh diperolehi di Pusat Pembangunan Belia dan di Pusat Belia keempat-empat daerah. Borang permohonan akan diedarkan mulai awal bulan Ogos. Borang permohonan yang sudah siap diisikan boleh dikembalikan ke Bahagian Pentadbiran, Pusat Pembangunan Belia dan tarikh akhir menghantar borang ialah pada akhir bulan September.
|