Oleh itu, seperti mana jabatan-jabatan lain di bawah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Pusat Pembangunan Belia pada setiap hari Sabtu akan mengadakan aktiviti senamrobik dan aktiviti-aktiviti sukan. Selain daripada itu, pihak pusat juga telah mengadakan pelbagai aktiviti sama ada bersifat kesukanan atau kebudayaan untuk diikuti oleh para peserta. Para peserta adalah dimestikan untuk mengikuti aktiviti-aktiviti tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak pusat. |