Program Pembangunan Belia merupakan asas utama yang dijadikan sebagai sukat-sukat dalam melaksanakan misi dan visi pusat ini. Program Pembangunan Belia mengandungi tiga komponen penting iaitu:
Program Latihan Kemahiran
Program Pembangunan Diri
Program Penempatan Kerja.
Untuk meningkatkan disiplin di kalangan para peserta sesuai dengan aspirasi negara.
Untuk melahirkan para belia yang beragama, bermoral tinggi, beretika, berkualiti, bertanggung jawab dan mempunyai nilai budaya yang cemerlang.
Untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan sebagai asas untuk memulakan perniagaan.
Misi:
“Untuk mewujudkan masyarakat yang bersahsiah tinggi melalui latihan, amalan dan pendedahan yang berkesan”