Dk. Umi Kalthum Bte. Dr Pg Haji Amir Muhammad Yusof
Kursus ini dapat melatih para belia untuk mengenal pasti, mengkaji dan memilih peluang perniagaan. Kursus ini juga dapat melahirkan minat para belia untuk menceburi bidang usahawan. Melalui kursus ini, para belia juga akan didedahkan dalam penyediaan pancangan perniagaan demi keperluan mereka pada masa hadapan.
Keusahawanan:
Untuk memberi pengelaman kepada para peserta mengenai aktibiti penting dalam bidang keusahawanan.
Membuka potensi untuk pekerjaan kepada para peserta dalam menjalankan usaha perniagaan sendiri.
Memberi peluang kepada para peserta untuk belajar berniaga samaada dari aspek perancangan, pengurusan mahupun penyelangaraan.
Mendidik peserta untuk berkerjasama, bertanggung jawab, berdisiplin dan jujur dalam menjalankan sebarang perniagaan dan perusahaan.
Mendidik peserta untuk bersikap kreatif, inovatif dan kompetitif dan mempunyai ketahanan dan keyakinan diri dalam menjalankan sebarang perniagaan dan perusahaan.
Memberi peluang kepada peserta supaya dapat menguruskan sesebuah perniagaan.
Perakaunan:
Memberikan penekanan mengenai aktiviti-aktiviti perakaunan.
Memberikan gambaran ataupun overview mengenai penggunaan perakaunan secara praktikal di alam perniagaan.
Para peserta akan dapat menambah pengetahuan dalam menjalankan usaha perniagaan sendiri dan seterusnya menyerapkan pengetahuan dan pengalaman tersebut dalam meningkatkan lagi prestasi usaha perniagaan mereka, khususnya dalam mengendalikan perakaunan sendiri secara bersistematik.
Program akan dijalankan selama 9 bulan, iaitu dari bulan Februari hingga bulan Oktober.