Program Pembangunan Belia bagi Orang-orang yang di bawah pengawasan (OYDP) mula dilaksanakan buat pertama kalinya di pusat ini pada 11 Disember 2005 hingga 28 Januari 2006. Seramai 14 orang peserta OYDP mengikuti program ini. Program ini ditubuhkan atas saranan Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Jemat bin Haji Ampal, Setiausaha Tetap, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan.
Program ini dilaksanakan atas kerjasama dan perundingan diantara Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, BASMIDA dan Biro Kawalan Narkotik (BKN).
Menyedari betapa pentingnya golongan ini perlu diberi perhatian yang khusus dan tindakan segera dilaksanakan, maka Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersama agensi kerajaan yang lain berganding bahu dalam membina semula keupayaan dan jati diri golongan ini dalam satu langkah penyusunan program bagi Menangani Orang – Orang Yang Di Bawah Pengawasan. |