Kursus ini menyediakan latihan secara teori mahupun praktikal sebagai garis pandu dalam bidang masakan, melalui kursus ini para belia berpeluang untuk membuka minda serta peluang-peluang pekerjaan sebagai Tukang Masak yang berkelibar di hotel-hotel terkenal mahupun restoran-restoran.
Di samping kursus ini dihasratkan untuk menanamkan sikap berdisplin dalam tatacara perhubungan di antara peserta dan pelanggan dalam memenuhi kehendak agensi-agensi tertentu.
Dengan adanya kursus yang ditawarkan di PPB ini, para peserta akan merasa lebih berkeyakinan memandangkan bidang ini mempunyai peluang yang besar dan luas untuk dimajukan. |