Kursus Kek dan Pastri adalah salah satu Program Latihan Kemahiran yang ditawarkan di Pusat Pembangunan Belia. Pengajaran dan pembelajaran kursus ini dilakukan secara teori dan juga amali.

Kursus ini adalah dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara agar dapat membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang masakan.

1

Kursus ini ditawarkan adalah sebagai  usaha Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan untuk memberi peluang latihan dan bagi mendidik para belia dalam mendalami bidang pembuatan kek dan pastri.

Kursus ini diharap akan dapat memenuhi keperluan dan permintaan terhadap tenaga pekerja mahir dalam mempelbagaikan bidang industri yang semakin meningkat seperti perniagaan penghasilan makanan, perkhidmatan perhotelan, kedai membuat kek dan kafe-kafe serta restoran-restoran yang terdapat di Negara Brunei Darussalam.

Objektif Kursus Kek dan Pastri adalah untuk membolehkan peserta:

  • Menyediakan, mengimbang, menyukat, memasak, membakar, menghias dan menghidang produk makanan.
  • Merancang hasil produk yang dibuat untuk jualan produk makanan tersebut.
  • Membuat pengiraan kos (food-costing) dalam penyediaan makanan.
  • Merancang prosedur kerja semasa menyedia dan memasak.
  • Menggunakan peralatan (besar mahupun kecil bagi memasak/membakar/menghidang makanan).
  • Mengamalkan etika kerja dalam penyediaan dan penghasilan produk makanan.
  • Menyediakan rancangan perniagaan.
Matlamat Kursus Kek dan Pastri ini adalah untuk melahirkan peserta yang kreatif, inovatif dan berkemahiran dalam bidang pengendalian dan penghasilan produk makanan dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga mahir dalam industri ini.

  • Organisasi dapur.
  • Perancangan dapur.
  • Keselamatan dalam dapur.
  • Food costing.
  • Pembuatan roti.
  • Pembuatan kek.
  • Pembuatan biskut.
  • Pembuatan kuih tradisional.
  • Menghias kek.
  • Membuat sos.
  • Penyediaan makanan untuk penyuci mulut.
  • Dalam hubungan kurikulum kursus kek dan pastri, penumpuan diberi kepada pelbagai kemahiran iaitu menyedia, memasak/membakar, menghias dan menghidang berbagai-bagai jenis makanan. Peserta digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif dan inovatif. Sehubungan itu peserta berkeyakinan untuk menceburkan diri dalam bidang industri makanan dengan lebih produktif. Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam kursus ini.

    KKBS
    more >>>
    OBBD
    more >>>


    JAPEM
    more >>>

    PUSAT SEJARAH
    more >>>

    MUZIUM BRUNEI
    more >>>


    © Copyright 2008. Pusat Pembangunan Belia. All rights reserved. Privacy Policy | Terms and Condition.
    Site Design and Developed By: