Bidang rekaan fesyen dan pembuatan pakaian adalah suatu bidang yang luas dan sangat mencabar. Dengan adanya kursus ini diharapkan akan dapat melahirkan belia yang peka dengan perubahan fesyen semasa dan pembuatan pakaian di Negara Brunei Darussalam.

  • Melengkapkan para belia dengan ilmu pengetahuan kemahiran tentang jahitan agar mereka boleh berdikari serta bersedia untuk menceburi bidang perniagaan.
  • Mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir dalam bidang ini.
  • Mengurangkan pengangguran di kalangan belia dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.
  • Membentuk para belia yang proaktif, mahir, berdaya maju dan cekap.
  • Melahirkan tukang jahit yang kreatif dalam penentuan sesuatu rekaan fesyen dan pembuatan pakaian.

Memberi pendedahan dan kesedaran kepada belia mengenai peluang-peluang yang boleh mereka ceburi dalam bidang jahitan asas dan sulaman.

  • Kesihatan, kebersihan dan keselamatan.
  • Mempelajari peraturan bengkel.
  • Mempelajari peralatan bengkel.
  • Mempelajari cara menggunakan mesin dan teknik jahitan tangan.
  • Mempelajari teknik ukuran dan cadangan bentuk pattern.
  • Fitting dan ubahsuai.
  • Mempelajari teori kerja lukisan dan gambar rajah pola.
  • Kualiti pembungkusan dan perkhidmatan.
  • Rekaan dan fesyen.
  • Praktikal menjahit pakaian tradisional, modern, ’T’Shirt, pakaian fabrik dan kombinasi pelbagai jahitan.
  • Sulaman dan kisi.
  • Mempelajari cara berhadapan dengan pelanggan.
  • Mempelajari teori dan praktikal keusahawanan.
  • Lawatan sambil belajar.
  • Persediaan untuk penempatan kerja.
  • KKBS
    more >>>
    OBBD
    more >>>


    JAPEM
    more >>>

    PUSAT SEJARAH
    more >>>

    MUZIUM BRUNEI
    more >>>


    © Copyright 2008. Pusat Pembangunan Belia. All rights reserved. Privacy Policy | Terms and Condition.
    Site Design and Developed By: