Para belia akan diajarkan cara-cara menggunakan mesin kimpalan (arc welding) dan gas kimpalan dengan cara bersistematik dan produktif. Selain daripada itu para belia juga akan diterapkan dengan ilmu perniagaan.
Kursus ini juga memberi peluang kepada para belia untuk mendapatkan pekerjaan di sektor kerajaan mahupun di sektor swasta serta jika berkemampuan untuk mewujudkan perniagaan sendiri yang berhubungkait dengan kimpalan. |